Kerajaan Malaysia sedang berusaha sebaik mungkin untuk menawarkan liputan 5G di seluruh Malaysia menerusi program JENDELA. Seiring dengan itu jugalah, liputan 4G juga bakal ditambah baik serta menambah penawaran liputan kepada lebih banyak kawasan lagi.

Menerusi perkembangan terkini, kerajaan sudah menawarkan liputan 4G sehingga 96% yang meliputi kawasan berpenduduk di Malaysia. Dijangkakan negara kita bakal mencapai liputan 4G secara menyeluruh dalam masa dua tahun lagi untuk dinikmati oleh semua rakyat.

Sumber Gambar: Android Police

Selepas liputan 4G menyeluruh sudah tersedia, fasiliti liputan 4G akan mula dinaik taraf kepada 5G secara berperingkat yang pasti menjanjikan akses internet yang lebih pantas untuk kegunaan seharian. Namun, perkara ini tidak mudah yang disangka kerana perlu menghadapi pelbagai rintangan sewaktu proses fasiliti liputan ini ingin dipasang.

Tambahan pula, sebahagian kawasan pendalaman mempunyai pelbagai rupa landskap bumi menjadikan ianya satu cabaran buat kerajaan untuk memastikan pembangunan menara telekomunikasi boleh bertapak dengan baik pada kawasan berkenaan.

Perkara ini pastinya disambut baik oleh orang ramai memandangkan kita sudah berada di era internet yang mana ianya dikira sebagai keperluan asas kehidupan. Malahan, pemansuhan liputan 3G juga merupakan salah satu faktor mengapa liputan 4G perlu diperluaskan kepada semua kawasan.

Sementara itu, di kawasan pendalaman juga menerima perhatian yang sewajarnya oleh pihak penyedia servis internet dengan menawarkan akses internet secara percuma.

MEASAT Tawarkan Perkhidmatan Internet Secara Percuma Kepada Pusat Vaksinasi Di Sabah

Serba Dinamik Lancarkan MySurFi, Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Di Kawasan Terpencil

Sumber